購物車 0
Gender Dalam Sastera Melayu

Gender Dalam Sastera Melayu /edited by Ungku Maimunah Mohd. Tahir

RM 38.00
  • editor: Ungku Maimunah Mohd. Tahir
  • publisher: UKM Press
  • published in: 2013
  • language: Malay


Dalam sastera Melayu, perspektif gender yang datang bersama fahaman feminisme Barat serta teori sastera feminis cetusannya fahaman feminisme Barat serta teori sastera feminis cetusannya itu, dengan cepat menarik perhatian kepada aspek pemerihalan wanita dalam karya sastera serta isu gender yang berkaitan dengannya. Soal pembentukan identiti wanita, peranan dan fungsinya, ruang yang diperuntukan baginya, keberdayaan yang dinafikan atau diberikan kepadanya, sifat pemberontakan atau penurut yang difikirkan sesuai baginya sering merupakan antara tumpuan garapan penulis kreatif di satu pihak dan tumpuan analisis para pengkritik di pihak yang lain.

Berlatarbelakangkan konteks Melayu-Islam, adakah pemerihalan, lakaran serta pemaparan wanita Melayu oleh penulis kreatif peka terhadap tuntutan agama dan budaya tempatan; dan adakah pengkritikan sastera membedah siasat pemerihalan dan pemaparan tersebut sewajarnya, juga bertunjangkan tuntutan agama dan budaya Melayu-Islam? Koleksi lapan buah makalah dalam buku ini, yang menganalisis pelbagai genre dari sastera 'tradisional' ke sastera 'moden' dan juga fiksyen sains, menyerlahkan bagaimana dan sejauh mana soalan tersebut ditangani. 


About the editor:

Ungku Maimunah Mohd. Tahir PhD, Profesor dan Felo Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu(ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM). Beliau mengkhusus dalam bidang Kritikan Sastera, Teori Sastera, Teori Kritikan dan Sastera Bandingan, dengan penekanan kepada anjakan baru dalam kritikan sastera Melayu, khususnya melalui Gagasan Persuratan Baru.