購物車 0
Ramadan Tiba, Aidilfitri Menjelang

Ramadan Tiba, Aidilfitri Menjelang /by Milin Kassim, Rozela Dahlan & Munsya Rahman

RM 28.00
  • author: Milin Kassim & Rozela Dahlan
  • illustrator: Munsya Rahman
  • publisher: Gasing Buku
  • published in: 2024
  • language: Malay


Ramadan Tiba, Aidilfitri Menjelang dinukilkan dari perspektif Mei Hui yang teruja belajar tentang Ramadan dan Aidilfitri melalui sahabat baiknya, Maryam, yang berpuasa buat kali pertama.

Mei Hui dan Maryam tinggal di sebuah perkampungan nelayan di Pantai Timur, Malaysia. Mereka suka berjalan ke sekolah bersama-sama dan bermain buai di bawah pohon ru kegemaran mereka pada petang hari.

Namun, suatu pagi ketika mereka berjalan ke sekolah, Maryam tidak ceria seperti selalu. Maryam juga tidur pada petang hari apabila Mei Hui mencarinya untuk bermain. Mari kita ikuti apakah sebenarnya yang berlaku kepada Maryam?

Cerita perayaan ini bukan sahaja unik kerana ditulis daripada perspektif yang jarang diketengahkan, malah penulis turut membawa tema persahabatan, kekeluargaan - terutamanya tentang hubungan rapat seorang nenek dan cucunya - serta nilai harmoni dan kasih sayang sesama masyarakat di kampung, walaupun berlainan kaum dan agama.

Penulis turut membawa mesej tersirat, mengajak pembaca untuk melihat makna sebenar Aidilfitri diraikan dengan mengetengahkan kisah Maryam yang belajar berpuasa.

Buku bergambar kanak-kanak ini ditulis santai dengan menyelitkan momen-momen yang akan mencuit hati si kecil. Kisah ini juga pasti menggamit kenangan indah zaman kanak-kanak buat ibu bapa dan guru-guru yang membacakannya kepada anak-anak.